Sunday, June 5, 2011

Karipap

Bahan- bahan dan cara membuatnya

a)kulit karipap:
500g tepung gandum
100g marjerin
40g minyak masak
240ml air sejuk

cara-cara:
1. panaskan marjerin + minyak masak dan masukkan ke dalam tepung
2. gaul sebati sehingga jadi seperti bread crumb
3. masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati
*kalau nk lebih senang dicanai kurangkan sedikit kuantiti air sejuk.

b)inti:
ubi kentang (potong dadu)
daging lembu (dicincang)
lada hitam
jintan manis
serai
air

cara- cara:
1. tumbuk halus lada hitam + jintan manis + serai
2. jerangkan bahan yang ditumbuk bersama sedikit air(utk empukkan kentang) dan garam secukupnya
3. masukkan kentang dan daging dan kacau sehingga masak

Pizza

Bahan untuk roti pizza

1 cwn tepung roti/ gandum (ayak)
1 camca teh yis kering
1/3 cawan air suam
1 camca gula
secubit garam

topping
*ikut selera masing2
sos tomato prego
sosej
keju parut

cara-caranya:
1.masukkan air suam + gula + yis kering ke dalam satu bekas
(biarkan sampai nampak berbuih= yis hidup=10minit)
2. masukkan yis yg dihidupkan tadi ke dalam tepung dan hasilkan doh
3. rehatkan doh pizza dalam bekas bertutup kain lembab
4. biarkan sampai 2 kali ganda saiz asal
5. keluarkan dan canai mengikut saiz dulang pembakar
6. bakar dalam oven=200 celcius= lebih kurang 10minit@ roti sedikit masak
7. keluarkan dan susun topping ikut citarasa

Friday, January 28, 2011

tau fu fa

dah ada kacang soya kat rumah
so nk try la pulak wat tau fu fa
cari punya cari, at last dpt satu resepi yg mmg boleh pakai
masa try resepi lain, tau fu fa ni x mmbeku,
mungkin salah teknik jugak la~

RESEPI TAU FU FA

Bahan:
1 Liter air soya
1/4 cwn air
1/2 tsp gypsum powder (sako)
1 tbsp tepung jagung

cara membuatnya:
1. campurkan air, sako dan tepung jagung ke dalam satu bekas, kacau dan ketepikan. (bahan A)
2.didihkan air kacang soya
3.masukkan air kacang soya didih bersama bahan A ke dalam bekas yang hendak di set.
tutupkan dengan sehelai kain dan penutup bekas.
4.biarkan selama 1/2 jam dan boleh dimakan dengan air gula.


nk lebih faham, haa.. saya ikut step dari blog ni .. siap ada video yg cepat dan mnarik lg.
klik sini. Tapi i masih x dapat tekstur yang cantik macam dia licin je.
boleh cuba lagi next time~!

Sunday, December 12, 2010

Cream puff zettai karashi

Baru2 ni baru menonton crita zettai karashi
cerita jepun yg dh lama, tp baru nk tgk.. bru tgk ep 1 & 2
huu.. tp sgt terliur dgn cream puff yg heroin tu wat... so try2 la wat..
1st try menjadi~! WOW!!

Bahan2 untuk puff:

1 cwn tepung gandum
1 cawan air
150g mentega
4 biji telur

Cara-cara:
1. panaskan air
2.masukkan mentega dan biarkan mendidih
3.tutup api, masukkan tepung dan gaul sebati
4.buka api, kacau adunan sampai sedikit lapisan serbuk terhasil
(lebih kurang seminit shj)
5.tutup api, masukkan telur dan gaul sebati.

6. masukkan dalam piping @ guna sudu pon boleh(utk bentukkan puff)
7. bakar dalam oven pada suhu 200 C
8. keluarkan dan biar sejuk

Bahan2 (cream custard)

3 cawan susu segar
2 camca tepung kastard
2 camca tepung gandum
3/4 cawan gula
3 biji telur (kuning sahaja)
2 camca perasa vanilla

cara-cara:
1. gaulkan kesemua bahan dan periuk hingga sebati
2. panaskan atas api sehingga mendidih dan sedikit pekat. siap~!

* gambar x sempat nk tangkap. Next time insyaAllah~

Tuesday, November 16, 2010

Asam Pedas Ikan

Bahan A
5-6 biji cili kering
2 cmca Rempah biji
3 cm belacan
1 biji bawang besar

Bahan B
2 mangkuk air
2 keping asam gelugor
1 batang serai diketuk

Bahan C
Ikan
Daun kesum
Bunga kantan

Bahan lain
* letak salah satu sahaja, kalau x letak pon ok

timun
@ubi keledek
@ubi keladi
@kacang bendi

Cara-cara memasak:
1.Tumbuk semua bahan A
2.Masukkan Bahan A dan Bahan B dan masak sampai mendidih
3.dan akhir masukkan Bahan C dan garam secukup rasa.
4. Bahan lain dimasukkan mengikut tempoh masak bahan tersebut. selalunya dimasukkan sebelum ikan dimasukkan.

Siap dan sedia dihidang~
p/s/: x suka beli di kedai sbb mostly asam pedas rasa manis.

Kek Coklat

Semalam baru cuba buat kek ni sempena Birthday abah & hari raya aidiladha.. sebenarnya i'm not really good dlm membuat jnis kek & pastri ni. Tp saja ja berkobar2 + mama xmo interfere kali ni. so, mmg fully independence la. Alhamdulillah, for me rasanya dah mnjadi. kek ni lembab dan lmbut~ so, i conclude that this recipe is simple enough.

This is the recipe that i would like to share:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 cmca baking powder
1 cmca sodium bikarbonat

Bahan B
250g Butter
1 1/2 cwn gula halus
1 cmca esen vanilla

Bahan lain
5 biji telur (gred A)
3 cmca susu pekat
1 cawan air sejuk
* 3 cmca susu pekat dicampur dgn 1 cwn air sejuk= susu sejuk*

Cara-cara membuatnya:
1. Ayak semua bahan A
2. Putar Bahan B sampai kembang (putar high speed smpai warna putih)
3.masukkan telur satu persatu
4. masukkan bahan A selang seli dengan susu sejuk
5. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius, selama satu jam api bawah.


sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan untuk memenuhi citarasa. Since, i don't really like sweet food, then i kurangkan gula kepada 1 1/4 cawan. pon ok rasanya still sedap. Boleh juga ditambah topping yang mnarik. i x blajar lg that part. soon maybe =) selamat mencuba~

Saturday, June 19, 2010

Kari Ikan Mama

Bahan-bahan

Bahan A: (dimayang )

bawang putih - 2 ulas

bawang merah - 1 ulas

bawang besar - 1/2 biji

Bahan B: (ditumbuk)

jintan putih - 1 sudu kecil

bawang putih - 2 ulas

bawang merah - 2 ulas

bawang besar - 1/2 biji

bahan- bahan lain

halba campur - 1/2 camca kecil

rempah kari ikan - 1 paket kecil (babas lg sedap !)

air asam jawa - 1 cawan 

pati santan - 1 cawan

daun kari - 2 pelepah

ikan (apa2 jenis ikan pun ok)

garam - secukup rasa

minyak masak - 5 camca besar

bahan optional

tomato - 1 biji dibelah 4

kacang bendi 

cili besar

Cara Memasak

1. panaskan minyak

2. tumiskan halba campur bersama bahan-bahan A sampai kuning keemasan

3. masukkan rempah kari

4. masukkan bahan- bahan B dan daun kari. kacau bagi mengelakkan rempah hangit.

5. Tunggu sehingga naik minyak, masukkan pati santan dan air asam jawa. biarkan mendidih.

6. masukkan ikan

7. akhir sekali masukkan bahan2 optional dan garam secukup rasa.

*tips: masukkan garam bersama rempah untuk senang naik minyak

Siap dan Sedia dihidang dan dinikmati seisi keluarga, ngan kawan2 pon orait juga! ni resepi dari my mama ok, patut cuba dan share la gmbr2 setelah dicuba ok.